Sunday, August 28, 2011

Stress(Luahan Hati ke Hati)

Assalamualaikum kepada semue readers yang sudi membaca blog ni..Hai..Ape khabar korang semue??. Mal harap korang semue sentiasa berada dalam rahmat Allah dan tidak putus asa menjadi hambaNya yang sentiasa bertaqwa. Kali ni tak de ape yang special pun mal nak post dekat blog yang bersawang ni tapi cuma mal rase nak luahkan something je dekat blog ni.



Hmmm..Nampaknye ramadhan untuk tahun 2011 ini sudah hampir berlalu pergi..Sedih pun ade rasenye kerana mal rase mal belum sehabis baik melakukan ibadah di bulan yang penuh dengan barakah ini..Entah lah. Sejak akhir2 ni mal rase tak kene je dengan kehidupan mal. Kadang2 rasa insufferable je menahan karenah diri yang mengada2 ni. Ade yang mengatakan mal ni tak nak dengar pandangan orang lain dan cepat terasa. Kadang2 mal boleh terima tu tapi people are not always right. Lain la Mr. Right...hehe. Kadang2 bukan mal yang tak boleh menerima pandangan orang lain tetapi mal rase sesetengah pihak yang tak memahami mal. Even kalau cara teguran dorang pun kadang2 tidak berhemah sama sekali membuatkan mal susah menerima pandangan mereka. Yang memberi pandangan sekadar nak rase die tu bagus pun tak boleh blah jugak.

Lagi satu, i think my self-confidence tersangat lah rendah. Kadang2 bile tiap2 hari kene marah pun boleh membuat seseorang itu trauma dan merendahkan tahap keyakinan diri. I dont' know how to rebuild my self-confidence again. Even bile berdepan dengan satu 'Group yang suke menganjing' ni, mal menjadi seorang yang sangat pemalu. Tolong lah..Ape yang mal mahu kan dalam kehidupan mal adalah seseorang yang sentiasa memberi sokongan dengan apa sahaja yang mal lakukan selagi ia tak melanggar hukum Islam. Bukan nya seorang yang suka menghentam mal sesuka hati mereka bile berlaku satu permasalahan.



Buat mase ni, i didn't find someone yang mal boleh share something, luahan perasaan mal, susah senang bersama, study bersama dan even boleh jadi seperti abang mal sendiri. Cuma sekarang ni Mal cuma berserah dan redha dengan segala ketentuanNya. Mungkin ini baru terlalu2 sikit ujian yang diberikan oleh pencipta sekalian alam kepada mal berbanding pengorbanan Rasulullah SAW, sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka itu. Sekurang2nya, ujian itu akan membuatkan kita sentiasa mengingati Allah dan sentiasa meminta pertolonganNya. Insya'Allah..



K lah..Itu sahaje yang mal nak post kali ni. Before that, mal nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam...Maaf Zahir Batin.. Semoga Ibadah puasa kita diterima dan diredhai oleh Allah.. ~Tata~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...