Wednesday, March 9, 2011

Kenapa aku meminati Band tersebut

Assalamualaikum....Yes!!!..Hari ni aku post 1 lagi entry..Wah..Akhir2 ni memanjang update blog...Tengah ade idea ni baik aku update blog..Lagipun mase tgh lapang ni la aku boleh update blog..Nanti dah banyak keje susah lak nak update..Nanti ade lak yang rindu(huhuhu)..Ok lah..Before aku mula cerita mengenai tajuk post aku untuk kali ni, aku nak buat sedikit perubahan pada kata ganti diri..Sebelum ni korang perasan yang blog ni menggunakan perkataan 'aku' sebagai kata ganti nama. Tapi mulai dari entry ni, blog ni akan menggunakan perkataan 'mal' untuk menggantikan perkataan 'aku'. Sebabnye, mal rase 'aku' macam kurang sopan(eh..dah tukar..hee~). Mal tu singkatan dari nama mal iaitu Ikhmal.

Ok..Mengenai tajuk post mal kali ni, korang semua nak tahu band ape yang mal maksudkan..?? JENG JENG JENG(tak surprise lgsung..haha.,ah!!.lantak r).Band yang mal maksudkan tu adalah HUJAN. Yeay!!(gediksnyeeww..haha.) Entah kali ni kenapa mal nak tulis mengenainye. Mungkin sebab ramai dikalangan manusia disekeliling mal tengok yang mal ni suka sangat dengan band ni sampai setiap mase play lagu dorang dan ade yang tanye, "Ape bestnye Hujan ni pada ko yang membuatkan ko tergila-gila kan dorang.."...Haa...tu yang mal nak cerita tu..Cer cite, cer cite..Heee~..

Line up Hujan still setia sampai sekarang


Before mal  menceritakan kepada korang kenapa mal obses dengan band ni, sedikit trivia nak bagi kat korang mengenai dorang ni.

Hujan ditubuhkan pada awal tahun 2006, band yang berbakat ini terdiri daripada Noh(vokal dan gitar kedua) Dimas(Bass) IY AG(gitar utama) dan Ambobzeela(Drum). Muzik yang dipengaruhi dari pelbagai band2 muzik ternama seperti The Strokes,Butterfingers dan juga Pot Amir. Hujan lebih senang dikenali sebagai band rock alternative dan tiada masalah untuk berkarya dalam bahasa melayu. Dengan namanya mengambil elemen daripada alam, muziknya berkisar diantara renyai dan lebat serta ribut menggambarkan cerita, mood dan agenda2 di dalam lagu mereka. Mereka mendendangkan segalanya daripada cinta, ketuhanan, keluarga dan perkara2 yang berlaku di dunia ini. Sehingga 2007, mereka telah mengeluarkan 2 EP iaitu yang pertama '' 1 2 3 GO'' dan yang kedua pada bulan Disember '' Check Check Rock Rock'' . Nama nama EP mereka juga telah diambil sempena frasa yang sering di sebut di dalam demo2 lagu mereka. Dari hari ke hari, peminat mereka kian bertambah which dipanggil ''Rainger''. Mereka terus menerus menyokong kumpulan ini dengan menghadiri gig2 dan show HUJAN dan membeli EP mereka. Antara lagu2 yang terkenal adalah Pagi Yang Gelap, Gundah, Aku skandal, Ludah Amerika dan sebagainya.




Ok..Back to the topic, biar mal bagitau korang kenapa mal minat dengan dorang. Antaranye:

1) Gaya dan style rambut frontman band ni (Noh)...haha..Comei..
- First2 mal dengar hujan ni mal tak pernah tahu dan tak nak tahu mengenai appearence anggota band ni...huhu...Mule2 dengar nama band ni dah macam tak minat.."Hujan!!?? Cam band indon je"..haha..Kejadian yang membuatkan mal minat dengan dorang ni adalah mase tengok dorang perform kat OIAM season 2. Mase tu mal tengok first frontman band  di Malaysia yang mempunyai rambut yang style which is 'Tempurung' style. Dari dulu mal ade tunggu bile la akan ade artist Malaysia yang berambut sedemikian. After that terus jatuh cinta dengan band ni. Mal memang minat gile sape yang buat rambut macam tu. Kalau korang tak suka tu terpulang la. ("pasal rambut je ko minat kat band ni?? WTH??"..tak de la..ade sebab lain jugak.)

NOH


2) Muzik yang dorang sampaikan.
- Ramai yang tak tahu yang mal ni memang minat muzik jazz. Kalo tengok bile mal bukak iTunes(ceh!!), radio kat astro channel ke, mal akan cari jazz radio dulu. Tapi lepas dah dengar dorang ni kurang sikit. Walaupun dorang ni melabelkan muzik dorang rock alternatif, tapi ade unsur jazz yang band Malaysia lain tak ade. Lagi pula penyampaian dalam BM..Tu yang best tu..Layan je bile dengar lagu dorang.(ooooOOOOO...)

3) Live performance dorang
- Ni lagi satu sebab kenapa mal minat kat dorang ni..Dulu la, mal ni boleh dikatakan rajin la pergi gig dan show2 dorang ni...Memang tak mengecewakan..Energetic..Yang best nye, si Noh ni sanggup ambil risiko buat crowdsurf yang aku rase ramai male singers di Malaysia ni takut nak buat sebelum show tamat.(ye la..nnt takot kene raba ke, culik ke...adoi..). Kire enjoy la ber 'moshing'...yarghh...

4) Gaya dan Style setiap line up.
- Setiap anggota band ni mal tengok mempunyai style tersendiri bukan saje dari segi pemakaian tapi mase perform. Kostum mase dorang perform pun nampak ok. Tu ade yang hire dorang jadi duta produk. Mal tengok ramai jugak yang dressing ala2 dorang ni kat shopping complex..

Lompat kangkang tu AG COCO
Suka tengok bile drummer Hujan perform pakai handkerchief tu
Nampak nye tu je lah yang mal leh bagitau korang kenapa mal minat dorang. Kalo nak ikutkan mal ni pun leh dikatakan 'Raingers' jugak la sebab mal ambil tahu jugak perkembangan dorang dari semasa ke semasa. Mengenai perangai dan tingkah laku ahli band, mal tak ambil tahu sangat sebab mal minat dorang sebab muzik. Yang lain tu terpulang dekat kehidupan dorang. Sekarang ni tengah layan lagu untuk album baru dorang iaitu Lonely Soldier Boy. Best jugak lagu dalam album baru dorang ni. Kalo nak dengar cari sendiri la..Malas la mal nak cari untuk korang...heheh..Kepada haters dorang, jangan nak benci mal lak. Manusia berhak mendengar muzik yang kita mahukan...HHmmm..

Ok lah..Setakat ni je la post mal untuk kali ni..Rase cam dah pnjang je entry ni..huhu..Actually banyak benda lagi nak cerita tapi mata dah ngantuk...huhuhu.
Jumpe di entry seterusnya...~Tata~...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...