Baiklah, sebelum tu mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Ma'thurat ni kan. Ma'thurat ni adalah zikir penerang hati yang dikarang oleh Imam As-syahid Hassan Al-Banna iaitu pengasas Ikhwanul Muslimin yang syahid di jalan Allah. Di dalam zikir ini terdapat surah Al-Baqarah, Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Juzu' Amma, doa penerang hati dan sebagainya. Terdapt banyak kelebihan yang boleh kita dapati jika mengamalkan pembacaan Ma'thurat yang selalunya diamalkan selepas subuh dan selepas asar ini. Mal rase ia sesuatu yang berfaedah dan tidak susah untuk melakukannye. Antara kelebihan yang Ma'thurat adalah:
1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.
2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW ).
4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin.
5. Dimulakan dengan “Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui dari ga ngguan syaitan yang terkutuk”
(Menunjukkan setiap jiwa kita mesti menyerahkan diri kepadaNYA sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri dari sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah).
6. Memuji Kebesaran Allah dengan bertasbih.
7. Mensyukuri dan mengakui segala nikmat pemberianNya.
8. Menghindari diri dari Syirik (yang disedari mahupun tidak).
9. Berlindung dari kejahatan Makhluk dan memohon Keampunan Allah.
10. Menghindari dan melindungi diri dari sifat sedih dan gelisah, lemah diri dan malas, pengecut dan bakhil, serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
11. Memohon dilimpahkan kesihatan yang baik (Termasuklak tubuh badan, pendengaran dan penglihatan).
11. Mohon dihindari daripada kekakafiran dan kemiskinan (kefakiran) serta dari azab kubur.
Berdasarkan ape yang dikatakan di atas, rugi kalo kita tidak mengamalkan Ma'thurat ni. Kalau nak naskah nye, ade je jual kat kedai buku. Tak mahal pun kalau nak beli. Jadi, bersama2 lah kita mengamalkannya supaya hari-hari kita diredhai dan dirahmati Allah swt. Moga perkongsian ini dapat diamalkan oleh semua Muslimin dan Muslimat di luar sana termasuk diri mal sendiri. Insya'Allah.
So, rasenye tu je kot mal nak share untuk entri kali ni. Kalau ade kesempatan kita bertemu di lain entri. Anyway, kredit to Fitrah Power dan Melangkah terus
No comments:
Post a Comment