Monday, March 7, 2011

Kelebihan Surah al-Mulk dan ar-Rahman

Assalamualaikum....Hello there world(haha..ni terpengaruh ngan Anwar Hadi la ni..)..Nampaknye dah lame kan aku tak update post baru dalam blog aku ni...Mane taknye, lately ni aku agak buzy dengan Assignment, Test and lain2 lagi la..Tak sempat nak sign in blogger.com(hehe)..Kadang2 pulak blank nak tulis pe. Tak pun memanjang je Draft. Separuh jalan je tulis pastu idea hilang.. Entah kali ni sebab ape aku terpanggil untuk menaip tengah2 malam buta ni...Bukan ape, saje nak share something ngan korang mengenai surah al-Mulk dan ar-Rahman yang mane ramai tak tahu mengenai kelebihan membaca nya. Daripada aku merapu dan cerita mengenai perasaan aku yang ntah pe2 ni baik aku share ilmu yang berguna..huhuhu..



Baik lah. Pertama sekali aku nak share mengenai kelebihan surah al-Mulk.

Surah al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan. Ini kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Walaupun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Antaranya:
 
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 
i) "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
ii) "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
iii) "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
iv) "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
v) "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

3. Para Ulama berkata: 
i) "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."
ii) "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.
iii)  "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

4. Saiyidina Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

5. Saiyidina Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

Jadi, berdasarkan ape yang diperkatakan diatas tu, surah al-Mulk ni merupakan surah yang melindungi manusia dari api neraka dan segala jenis azab di akhirat kelak. Rugi le kalau kita tak mengamalkannya sebab ia merupakan pelindung yang bersama kita kelak.



Next mengenai kelebihan surah ar-Rahman.

1. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).

2. Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata:

i) “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, halaman 117). 

ii) “Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surah ini tidak menenteramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.” (Tsawabul A’mal, halaman 117).

Jadi, kepada para pembaca yang beragama Islam, saya syorkan amalkan lah membaca surah ini pada setiap malam. Banyak kelebihan yang boleh kita dapat seperti ape yang diperkatakan diatas. Kalau tak boleh baca kedua-duanya, satu pun kira ok la tu.


So, tu saje lah untuk kali ni. Before that, kredit to nuursyifa dan baituzzahra di atas info yang diberikan(blogwalking)

~Tata~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...