Wednesday, January 12, 2011

10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua readers yang sudi membaca blog ini. Kali ni aku rase aku nak post entri mengenai 10 sebab kenapa Allah tidak memakbulkan doa hambaNya. Ape yang membuatkan aku rase untuk membuat entri mengenainya adalah kerana kadangkala aku tertanya2 dalam diri aku, kenapa kadang2 Allah tidak makbulkan doa seorang hambaNya. Mesti ade sebabnye kenapa. So, mase aku blogwalking dan tengah dalam mood kobosanan ni, aku terjumpe la satu entri mengenainya dan aku rase post ni adalah baik untuk renungan bersama bagi seluruh umat Islam supaya dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah serta kehidupan seharian akan dirahmati. Renung2 kan lah.

"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :

"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.

2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.

3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.

5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk Syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.

6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.

8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepada-Nya.

10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka. "


Daripada sepuluh sebab yang diatas, kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba Allah yang sebenar. Disebabkan itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah dan setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin akan dimakbulkan Allah. Oleh itu, untuk membolehkan doa itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t, maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adab berdoa.

Di antara adab-adab berdoa ialah:

1. Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.

2. Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.

3. Berdoa dengan menghadap kiblat.

4. Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.

5. Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.

6. Berdoa dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.

7. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.

8. Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.

9. Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.

10. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.


 
Jadi, tu je la post aku untuk kali ini dan diharapkan para pembaca dapat menjadikannya sebagai satu renungan dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang muslim yang berjaya. Insya'Allah. 

Kredit to Syarifah Safiyah.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...