Monday, January 10, 2011

AJL 25

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi singgah ke blog ini. Kali ni post aku adalah mengenai Anugerah Juara Lagu yang ke-25 yang berlangsung pada 9 Januari 2011. Saje aku nak buat post mengenainye diatas beberapa sebab dan lagipun ia merupakan acara yang wajib aku tonton setiap tahun. Walaupun aku tak pergi tapi aku hanya menonton live melalui kaca televisyen je. Ok la tu. Korang semua nengok tak??

Wah, cantik theme die kali ni.
Ok la. Jom start review mengenainya. Actually mase aku tengok pencalonan untuk contestant pada tahun ni agak menarik dan mempunyai aura masing2. Aku rase memang gempak la AJL kali ni. Tetapi ape yang mengecewakan aku adalah selepas selesai tengok semua persembahan, sedikit kekecewaan dan kehampaan la(mane taknye, aku bg siap semua keje awal semata2 nak tengok...huhu). Sebelum aku teruskan dengan lebih lagi, aku nak tunjuk sikit la artis2 yang tercalon untuk Ajl25 kali ni.



Kire best2 la contestant dan lagu2 yang tercalon pada tahun ini jika korang tengok gambar dekat atas tu. Tapi ape yang membuatkan aku berasa kecewa semasa menonton nye adalah kerana:

1. Host Ajl 25 kali ni yang nampak seperti ketandusan idea dan aku tengok pengacara agak blur dalam menyampaikan mesej kepada penonton. Aku tak berapa faham ape yang dorang cuba nak sampaikan. Dorang tak se-kreatif seperti tahun2 lepas. Bukan nak kata aku ni  pandai mengacara ke ape, tapi pengacaraan dorang pada hari itu kurang la(lagipun aku memang tak nak jadi pengacara...huhuhuhu) Kalau nak ikutkan, host AJL25 same je cam tahun lepas iaitu Ally,Cheryll dan FBI.




2. Contestant atau calon2 yang bertanding di AJL25 macam tak 'all out' je. Aku rase persembahan mereka di AJL25 macam dorang perform dekat konsert2 biasa yang dorang pernah perform. Aku ingat dorang akan tampil dengan persembahan yang kasi 'de bomb' la. Idea tu ade tapi kurang la. Ape yang lain nye semalam yang aku nampak dan dengar adalah setiap lagu ditambah orchestra je dan artis yang buat persembahan di AJL25 macam 'play safe' je. Mungkin ade artis yang first time perform and dorang takut akan berlaku kesilapan kot(tak pe..boleh dimaafkan..hehe..).

3. Pentas yang agak luas sehingga membuatkan persembahan bagi sesetengah artis solo nampak seperti kosong. Tapi themes dan background colour memang dah ok dah.


Aku rase tu je kot yang spoil untuk AJL kali ni. Yang lain ok je. Tapi yang tahun2 lepas lagi best la dari kali ni. Ape2 pun aku ucapkan tahniah kepada pemenang2 AJL untuk kali yang ke-25 iaitu Hafiz(tempat ke-3,Vokal terbaik), Meet Uncle Hussien(tempat ke-2) dan terutamanye Ana Rafali(Juara). Rezeki di tangan tuhan dan kita tak boleh nak salahkan juri kerana memilih Ana Rafali. Mungkin kriteria pemilihan juri lain dari penonton. Lagipun dah rezeki die nak menang(huhuhu..).

Tahniah
Walau apa pun aku salute la dengan Faizal Tahir kerana memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu serta tahniah diatas kemenangannya bagi kategori persembahan terbaik. Siap basah2 nyanyi tu. Respect la. Hafiz pulak leh buat suspend mase perform mase part yang api meletup tu. Buat seram je. Hahahaha...

sampai basah dibuatnye...hehe

Ending untuk AJL kali ni pun tidak kurang jugak menariknya kerana artis yang perform vokal dasyat2 tu iaitu Dato' Siti, Ziana Zain dan Dato' Sharifah Aini. Tapi mase pengumuman pemenang macam tak mendebarkan je. Lagu background pun tak ade. Hmmm..suka hati dorang la...Hahaha...So, tu je la sedikit review dan komen aku mengenai AJL25. Maaf jika ade yang tak puas hati dengan review aku. Review ni dari pandangan aku la. Kalau korang aku tak tau la. Ok la. Jumpe lagi di lain post. Sebelum aku tamatkan entri kali ni,aku ade sediakan video untuk persembahan terbaik pada AJL25 iaitu FT-Hanyut. ~Tata~



p/s: agak panjang ye entri aku kali ni. terasa cam wartawan hiburan la pulak....hehehe...ada Sam Bunkface kesah...huhu..


2 comments:

  1. aku rasa la kan..apa yang ko ckp tue betol...
    this is the hell AJL mayb.. HAHA

    4 me faizal tahir ok la not bet. yuna. errrr..
    black terbaek..

    yang paling best aku rasa tht time ct...HAHA..bongok gile kan...hah

    ReplyDelete
  2. anyway,tq for following...hahaha...btul2..ak mkn awal n bg keje len siap..then bile tgk hampeh je...
    leh la ft 2 kalo nk dibndgkan ngan yg len...
    yg siti n the gang 2 bru ak rse bez ckit..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...